Photograph

Share

Ahmad Faathin Mohd Fadzil

Ahmad Faathin Mohd Fadzil ialah Felo Pengajar di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi manusia, Universiti Putra Malaysia. Beliau menerima Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam dengan Kepujian (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Kemudian, beliau menyambung pengajian Sarjana Pengajian Islam di institusi yang sama dalam bidang historiografi Islam dengan pengkhususan terhadap karya ulama Melayu. Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang historiografi dan falsafah sejarah Islam, manakala minat penyelidikan adalah dalam bidang sejarah dan tamadun Islam, kajian tokoh dan karya Islami, pengajian Islam serta sejarah dan tamadun Islam di Alam Melayu. Beliau banyak terlibat dengan penyelidikan, penulisan dan pembentangan kertas kerja di sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antara bangsa. Email: faathin.fadzil@upm.edu.my.